Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

Wednesday, January 1, 2014

T&C


Terma & Syarat kepada bakal tetamu Kak Ani  Homestay .
Anda perlu bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum anda meneruskan  tempahan homestay. Apa-apa pertikaian selepas itu tidak akan dilayan.
1.   Tetamu hendaklah terdiri daripada keluarga yang beragama Islam sahaja.
2.    Minima tempahan 3H2M. Harga bukan Pakej ( Rmh = 250/Malam. Avanza 180/hari )
3.    Maksima ahli keluarga / tetamu hendaklah tidak melebihi 7 orang
4.   Tetamu melebihi 7 orang terkeluar dari harga pakej. Sebarang bentuk penipuan tidak diserahkan kunci sewaktu Check in dan Wang tidak dipulangkan.
5.   Deposit tempahan sebanyak RM 250 Atau 1 Malam penginapan ke dalam akaun pemilik Homestay. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. sekiranya Anda gagal berkunjung pada tarikh yang telah ditempah / dijanjikan, .
6.    Bayaran baki hendaklah dijelaskan sepenuhnya ketika check-in.
7.    Masa check-in ialah jam 3.00 Ptg dan masa check-out ialah jam 12.00 tengahari. Charge tambahan akan dikenakan untuk check-out lewat / jam. 1 Jam=Rm10.00 (Bergantung kepada ada atau tidaknya tetamu yang akan check-in seterusnya pada hari yang sama)
8.      Tetamu hanyalah disediakan satu sahaja free parking - satu rumah satu parking. Jika ada kenderaan yang selebihnya, hendaklah diletakkan diluar kawasan pagar.

    Tempahan yang tidak disertai dengan bayaran akan dimasukkan dalam senarai Pending. Pending menyebabkan tempahan anda mungkin diambil oleh tetamu lain


1.      Jika tiada penyewa lain yang menginap, anda dibenarkan keluar lewat dari masa yang ditetapkan namun bayaran akan dikenakan. Jika anda check-out selepas pukul 6.00 petang,  bayaran PENUH akan dikenakan. Jika  terdapat perubahan waktu check-in / check out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda. 
2.     Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay 
3. Sekiranya tempahan dibatalkan 14 hari sebelum tarikh check in, kami tidak akan memulangkan deposit anda. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan  penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
4.     Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar. 
5.     Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila  meninggalkan rumah. Sekiranya ini tidak dilakukan, Anda wajib membenarkan pihak pengurusan mematikan semua suis dengan memasuki penginapan tersebut.
6.    Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
7.    Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
8.     Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan. 
9.      Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
10.  Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
11.  Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
12.  Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.


Pihak Pengurusan
Kak Ani Homestay
http://www.biliktetamu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment